Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Saturday, January 22, 2011

Individu Paling Kecil Ambik Master

Hari ni ada kelas upm..nak jadikan ceritakan, kita orang terpaksa bawak si kecil tu masuk kelas sekali..memang dah tak ada ikhtiar lain dah..terpaksa gak heret si kecik tu..ha, ni antara kelengkapan dia..

time orang buat presentation dia siap bukak kasut ngan stokin lagi..

Ni sah air oren dia ni..

Mula-mula dia ok jer..tapi bila dah sleepy and tired mulalah merengek..orang present kat depan, dia memekik kat belakang..nasib baik la Dr Fazilah memahami..yang kelakarnya Dr Fazilah plak yang boleh minta maaf kat kita orang dan cakap jangan tertekan dengan situasi ini..aduyai..punya la baik lecturer ni..Terima kasih Dr kerana amat memahami situasi kami..


Anyway Qistina, harapan umi dan abah semoga Qistina akan dapat belajar sehingga ke peringkat tertinggi..Qistina mungkin belum mengerti apa-apa hari ini..tapi sebenarnya langkah hari ini langkah yang berkat dan penuh dengan makna..Dan semoga semangat perjuangan umi dan abah akan menjadi inspirasi kepada Qistina terutamanya apabila Qistina mengerti kelak..Juga kepada kenkawan sekelas, kami mohon maaf kerana mungkin kehadirannya menggangu ketenteraman kalian..




3 comments:

  1. sungguh syahdu......ni namanya pengorbanan. ibu ayah berkorban....si anak pun turut berkorban... moga pengorbanan tu diberkati. Teringat mase blajar dlu...sorg warga emas berusia 70 thn baru smpt amek degree.... tuntutlah ilmu walau byk halangan... tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China.

    ReplyDelete
  2. btul tu kak lin...sy pon terharu
    tp best jgk dapat pengalaman baru...n anak pn dapat berkat ilmu, insyaALLAH

    tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad [HR ibnu majah]

    ReplyDelete