Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadan al-Mubarak

Bening 1 Ramadan tahun ini menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman..Alhamdulillah kerana masih terpilih untuk mengharungi bulan yang mengandungi rahmat dan maghfirat ini ...Sebak meresap dalam diri, sayu menggigit hati mengenangkan Ramadan yang penuh hikmah dan sarat dengan iktibar..Selamat bergelut dengan kelebihan yang ada padanya kepada seluruh umat Muhammad..

Namun jauh disudut hati ada kepiluan menyayat hati...Ketika mentari 1 Ramadan tahun ini menyimbahkan sinarnya pada tubuh bumi, aku mengepung perasaan yang bergelora di sisi pusaranya...Saat unggas di perkuburan itu bersimfoni mengalunkan irama, tangisanku tiba-tiba meninggi..Hatiku berdetik hiba, diruntun rindu yang memuncak..Aku menangis semahunya..dan akhirnya aku sendiri menjalari hati dengan pujukan syahdu..Aku perlu pasrah kerana yang tinggal hanyalah kerinduan yang bertali-temali..Rasa rindu yang berbuku tak mungkin terlerai..Hanya Tuhan yang mengetahui gelombang perasaanku dan barangkali juga kalian yang merinduinya...Al-Fatihah Muhammad An-Naqib Bin Abdul Rahman.

1 comment:

  1. touchingnya.....yg hidup perlu truskan khdupan,yg sudah tiada sama2 doakan smoga ruhnya dicucuri rahmat...pepun,tabik spring pd k.ita...dlm kesedihan mcm ni pn,bahasa2 yg digunakan sgguh gramatis dan puitis...bunga2 bhasa dlm komsas...i like..(,")

    ReplyDelete