Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Friday, August 13, 2010

Resepi III

Puding koktail

Sebungkus agar-agar
Satu tin susu cair
Satu tin fruit cocktail
Gula pasir
Air

Cara:
Masak agar-agar sehingga cair..kemudian masukkan gula dan susu cair...campurkan fruit cocktail..kemudian sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais...hidangan utama menghilangkan dahaga...

Resepi II

Sambal Belimbing Hitam

Lada kecil
Ikan Bilis
Bawang kecil
Belimbing buluh yang telah direbus
Air
Minyak untuk menumis

Cara:
Tumbuk lada kecil hingga hancur bijinya, kemudian tumbuk ikan bilis dan bawang...campurkan belimbing buluh...gaul semua dalam satu mangkuk dan campurkan sedikit air serta garam secukup rasa...pas tu tumis..nyum...nyum...sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau lempeng..

Resepi I

Tart Nenas

Bahan-bahan berikut diadun:
Mentega sebuku
Telur sebiji
Tepung gandum
Esen Vanila
Garam

Inti: Dimasak
Nenas
Gula

Selamat Mencuba

Wednesday, August 11, 2010

Puisi II

Ramadhan berkunjung lagi
membawa bersamanya rezeki
sahur dan iftaar
turut melengkapi
khabar yang pasti;
rahmat
barakat
dan
keampunan
juga menemani;
apa yang pasti
kunjungan ini tidak pernah lama
genap tiga puluh hari
mereka akan berangkat pergi....

Tuesday, August 10, 2010

Raya 2009

Menjelang bulan ramadhan yang bakal disambut esok, aku terkenang peristiwa lebaran 2009..Ini merupakan rakaman peribadi dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati..Ibarat sirih pulang ke gagang, ikan kembali ke lubuk kami memenuhi permintaan ayahanda dan bonda menziarahi sanak saudara yang masih hidup dan berkunjung ke makam kedua-dua nenda di Kuala Lipis-tanah asal kelahiran ayahanda, bonda dan nenda..susur galur kami sebetulnya bermula dan dapat dijejak di sini...Di Kampung Sungai Mun, kami bertahlil arwah di pusara nenda Bainah, ibu kepada bonda Siti Fatimah...Telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1983...memori bersamanya tak banyak terpaut dalam ingatanku..barangkali kerana aku masih kecil dan tidak akrab mana dengan almarhumah...so, generasi sesudah aku khususnya cicit almarhumah sendiri memang tidak sempat mengenali induk mereka ini...Alfatihah.

Usai di perkuburan, kami berinjak ke rumah mak we..Mak we merupakan kakak sulung bonda..usianya melewati 80-an..Tinggal bersendirian atas rumah PPRT yang disediakan kerajaan..bersebelahan rumahnya ialah rumah Abang Melan, anaknya sendiri merangkap sepupu kami..Mak we kuat melatah..pantang dicuit, ada saja yang terpacul dari mulutnya..anak cucu pulak nakal, suka mengusik..itu yang jadi kecoh tu...hehe

Kemudian kami bergerak ke Kampung Pagar Sasak...menjengah rumah nenda Ngah..bonda ayahanda kami...kediaman ini suatu ketika amat bermakna buat ayahanda...itulah yang terpapar di wajah ayahanda...aku pasti tentang itu walaupun ayahanda tidak mengungkapkan dengan kata-kata..rumah itu kini didiami Mak Teh..kakak kepada ayahanda..seorang ibu tunggal...apa la dia orang ni, bikin kecoh kat umah Mak Teh...habis periuk belanga orang tua tu diselongkar...petai dalam tempayan pun terpaksa dikeluarkan....ikan pekasam habis dikerjakan...kahkah..apa la leman ngan amik ni....ampun Mak Teh....sori la Zila...sepupu kita orang...muka dia muncung jerk...hehehe...tension kena serbu...tapi tak perlu amik ati dengan dia tu...sebab perwatakan dia memang sebegitu rupa..lalala..sedap betul makan berebut...

Selesai menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, perjalanan diteruskan menuju ke Tersang 2..sampai di sana, kami segera bertahlil arwah di makam nenda Ngah...Beberapa tahun lepas nenda Ngah meninggal di rumah Pak Ndak iaitu anak lelakinya dan lantas disemadikan di sini..Selesai di perkuburan, kami ke rumah Pak Ndak..Pak Ndak merupakan abang ayahanda...muka mereka saling tak tumpah....ayahanda sebenarnya mempunyai empat orang adik beradik...Pak Ndak, Mak Teh, Pak Mbong dan ayahanda sendiri...Pak Mbong sudah kembali ke rahmatullah...arwah merupakan bapa saudara yang paling hendsome...wajahnya walaupun tak semirip ayahanda, tapi perwatakannya mirip benar ayahanda...sangat tenang dan bersahaja dalam segala hal.. sebab itu menjadi kesayangan anakanda semua...Alfatihah Pak Mbong...

Kembali kepada Pak Ndak...isterinya sudah meninggal dunia..dia mempunyai 6 orang anak...kesemuanya lelaki...Kami jadi sebak yang amat melihatkan keadaan Pak Ndak yang terlalu uzur..selain membuat kesimpulan bahawa si Mat Yasin tu tidak mengambil berat tentang ayahnya sendiri yang terkulai layu di kerusi, kami tidak henti memeluk dan menangisi lelaki tua itu...sungguh aku berjanji tidak akan membiarkan ayahanda menderita sebegitu andai ayahanda juga terpaksa melewati saat-saat seperti Pak Ndak...kerana ayahanda terlalu bermakna dalam hidup ini...tanpa ayahanda aku tak mungkin jadi seperti hari ini...menjaga disaatnya sudah tidak berdaya nanti akan aku jadikan prioriti...ini janji!

Kami kembali tiba di rumah bonda lewat 10 malam...keletihan dan tidur...Perjalanan yang penat tapi penuh erti..

Demam oh Demam....

Kelmarin aku tidak hadir ke tempat kerja..si kecil demam..aku jadi risau teramat...kalau boleh aku biarlah aku yang diserang demam itu...wahai virus yang jahat, kenapa kau mesti hadir dalam tubuh si kecil itu..Aku rela menjadi galang gantinya...Tuhan, mudah-mudahan ini demam biasa saja..janganlah kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak bisa menanggungnya...

Wednesday, August 4, 2010

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Di sekolah lewat petang ini, aku menerima sepucuk watikah rasmi daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.. Isi kandungannya mengesahkan status aku sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG 41..Sebenarnya surat pengiktirafan tersebut memang aku nantikan...Alhamdulillah...Allah telah mempermudahkan segala urusan aku...apa yang penting aku akan jadikan pengisytiharan tersebut sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup ini kelak...

Tuesday, August 3, 2010

PUISI I

Anak didikku,
luangkanlah barang sedikit waktu
muhasabah
dirimu...

Istiqamah
dalam menuntut ilmu..

Mujahadah
mengekang nafsu...

Tawakal
dalam perjuanganmu...

Kerana
gelombang
masa depanmu
sekeras pukulan
ombak ganas
yang menghentam
pantai itu...


Monday, August 2, 2010

Sesungguhnya mati itu pasti...

Al Fatihah buat atuk angkat Qistina yang kembali ke pangkuan NYA semalam..Berakhir sudah penderitaannya gara-gara barah perut setelah nyawa terpisah daripada badan...Kami sempat tiba untuk majlis tahlil dan berkesempatan hadir pada upacara pengebumian...Arwah amat berjasa pada kami sekeluarga... Qistina tinggal bersamanya lebih dari setahun...si kecil itu amat manja dengannya...katanya dia sayang Qistina lebih dari cucunya sendiri...mungkin ada benarnya, sebab cucu sendiri jarang punya kesempatan bersama dengan atuk...sedangkan Qistina aku titipkan di situ...Qistina sangat suka bertenggek dalam raga motor atuk..pergi kedai dan beli karipap...selang dua tiga hari mereka bertiga akan menaiki kereta atuk yang separuh umur itu ke bandar Kluang...jenguk moyang... setiap petang sebelum Qistina pulang, dia pasti menghadiahkan ciuman yang bertubi-tubi sebagai tanda pamitan...sampai merah pipi sikecil dibuatnya...heheh....dan berpesan esok datang lagi yerr.... sungguh apa yang kita lalui adalah sesuatu yang nyata di hati kita....damailah kau di sana...AlFatihah...