Menjelang bulan ramadhan yang bakal disambut esok, aku terkenang peristiwa lebaran 2009..Ini merupakan rakaman peribadi dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati..Ibarat sirih pulang ke gagang, ikan kembali ke lubuk kami memenuhi permintaan ayahanda dan bonda menziarahi sanak saudara yang masih hidup dan berkunjung ke makam kedua-dua nenda di Kuala Lipis-tanah asal kelahiran ayahanda, bonda dan nenda..susur galur kami sebetulnya bermula dan dapat dijejak di sini...Di Kampung Sungai Mun, kami bertahlil arwah di pusara nenda Bainah, ibu kepada bonda Siti Fatimah...Telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1983...memori bersamanya tak banyak terpaut dalam ingatanku..barangkali kerana aku masih kecil dan tidak akrab mana dengan almarhumah...so, generasi sesudah aku khususnya cicit almarhumah sendiri memang tidak sempat mengenali induk mereka ini...Alfatihah.
Usai di perkuburan, kami berinjak ke rumah mak we..Mak we merupakan kakak sulung bonda..usianya melewati 80-an..Tinggal bersendirian atas rumah PPRT yang disediakan kerajaan..bersebelahan rumahnya ialah rumah Abang Melan, anaknya sendiri merangkap sepupu kami..Mak we kuat melatah..pantang dicuit, ada saja yang terpacul dari mulutnya..anak cucu pulak nakal, suka mengusik..itu yang jadi kecoh tu...hehe
Kemudian kami bergerak ke Kampung Pagar Sasak...menjengah rumah nenda Ngah..bonda ayahanda kami...kediaman ini suatu ketika amat bermakna buat ayahanda...itulah yang terpapar di wajah ayahanda...aku pasti tentang itu walaupun ayahanda tidak mengungkapkan dengan kata-kata..rumah itu kini didiami Mak Teh..kakak kepada ayahanda..seorang ibu tunggal...apa la dia orang ni, bikin kecoh kat umah Mak Teh...habis periuk belanga orang tua tu diselongkar...petai dalam tempayan pun terpaksa dikeluarkan....ikan pekasam habis dikerjakan...kahkah..apa la leman ngan amik ni....ampun Mak Teh....sori la Zila...sepupu kita orang...muka dia muncung jerk...hehehe...tension kena serbu...tapi tak perlu amik ati dengan dia tu...sebab perwatakan dia memang sebegitu rupa..lalala..sedap betul makan berebut...
Selesai menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, perjalanan diteruskan menuju ke Tersang 2..sampai di sana, kami segera bertahlil arwah di makam nenda Ngah...Beberapa tahun lepas nenda Ngah meninggal di rumah Pak Ndak iaitu anak lelakinya dan lantas disemadikan di sini..Selesai di perkuburan, kami ke rumah Pak Ndak..Pak Ndak merupakan abang ayahanda...muka mereka saling tak tumpah....ayahanda sebenarnya mempunyai empat orang adik beradik...Pak Ndak, Mak Teh, Pak Mbong dan ayahanda sendiri...Pak Mbong sudah kembali ke rahmatullah...arwah merupakan bapa saudara yang paling hendsome...wajahnya walaupun tak semirip ayahanda, tapi perwatakannya mirip benar ayahanda...sangat tenang dan bersahaja dalam segala hal.. sebab itu menjadi kesayangan anakanda semua...Alfatihah Pak Mbong...
Kembali kepada Pak Ndak...isterinya sudah meninggal dunia..dia mempunyai 6 orang anak...kesemuanya lelaki...Kami jadi sebak yang amat melihatkan keadaan Pak Ndak yang terlalu uzur..selain membuat kesimpulan bahawa si Mat Yasin tu tidak mengambil berat tentang ayahnya sendiri yang terkulai layu di kerusi, kami tidak henti memeluk dan menangisi lelaki tua itu...sungguh aku berjanji tidak akan membiarkan ayahanda menderita sebegitu andai ayahanda juga terpaksa melewati saat-saat seperti Pak Ndak...kerana ayahanda terlalu bermakna dalam hidup ini...tanpa ayahanda aku tak mungkin jadi seperti hari ini...menjaga disaatnya sudah tidak berdaya nanti akan aku jadikan prioriti...ini janji!
Kami kembali tiba di rumah bonda lewat 10 malam...keletihan dan tidur...Perjalanan yang penat tapi penuh erti..
No comments:
Post a Comment