Ini kisah duka..Rasanya sehingga ke hari ini seluruh kaum keluarga masih belum puas menangisi pemergiannya..Biarpun entri ini tidak akan dapat menggambarkan keseluruhan kesedihan, keperitan dan rasa kehilangan yang kami rasai, kami tetap redha dengan ketentuan Ilahi..Dia sebenarnya anak saudara sulung aku..anak sulung abang long aku..
Nama:Muhamad Annaqib Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1987
Tarikh Meninggal: 22 November 2010
Umur: 23 Tahun
Terlibat dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kereta di Kilometer 20, Jalan Nenasi-Pekan ketika ingin menuju ke tempat kerja.
Nama:Muhamad Annaqib Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1987
Tarikh Meninggal: 22 November 2010
Umur: 23 Tahun
Terlibat dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kereta di Kilometer 20, Jalan Nenasi-Pekan ketika ingin menuju ke tempat kerja.
22 November 2010: Isnin; 7:15 pagi....Maha Suci Allah Yang Menghidup dan Mematikan...Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai mati..kematian itu tidak akan cepat walau sesaat dan tidak akan lambat barang sesaat..Sesungguhnya kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang kami..Dia akhirnya mendahului menyahut seruan Ilahi pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya ...
Saat jenazah disembahyangkan..atuk sendiri yang mengepalai jemaah..pastinya atuk sebak amat kerana cucuanda pergi dalam usia muda..doa dipanjatkan agar cucuanda mendapat keampunan dan ditempatkan bersama orang beriman
Kucupan terakhir seorang umi..umi belum puas mendengar anakanda memanggil panggilan keramat umi..apa pun umi halalkan setiap titik air susu umi yang mengalir dalam tubuh anakanda..
Tika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad..bisikan sang adik yang berjanji untuk mendoakan abang setiap hari memecah keheningan kawasan perkuburan..sekalian yang hadir jadi sebak amat..
Atuk turut mengambus tanah kubur cucu sulungnya..hakikatnya dia tetap hidup dalam hati kami biarpun dia telah meninggalkan kami
Saat talkin dibacakan..wahai Muhammad Annaqib b Abdul Rahman..Ma Rabbuka..Maka jawablah olehmu Allahurabbi....
Inilah abi..Abi yang kehilangan putera sulungnya..sesudah ini tiada lagi putera yang akan memapah abi tatkala abi tak berdaya..
Kasih abadi seorang nenek..pusara cucu disiram air mawar..biar segar, sejuk dan mewangi..
Bersemadilah dengan aman..moga Allah akan mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya bersama orang-orang beriman
Al Fatihah untukmu..Muhammad Annaqib Bin Abdul Rahman..
No comments:
Post a Comment