Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Saturday, December 11, 2010

Anniversary

Setiap kali Disember tiba akan terkuak tingkap memori..Senang cerita bulan Disember bulan anniversary..Kami sah menjadi suami isteri pada 16 Disember 2006..kira-kira empat tahun sudah..

Saat sang suami tekun mendengar kalimat-kalimat yang dibacakan oleh tuan imam..


Lafaz keramat ijab qabul diucapkan..lebih afdal apabila abah sendiri mengendalikannya..


Dah sah jadi bini orang...hehehe

Bergambar kenang-kenangan atas pelamin ciptaanku sendiri..hehe..semuanya aku jahit, cantum dan touchup ikut suka aku..hehe..jimat belanja..cuma aku sewa kerusi ngan lampu jerk..kos RM 100...heheh..

Kita orang diapit oleh kedua-dua adik lelaki aku..sebelah kiri tu Awis..sebelah kanan tu Arul..yang kecik-kecik tu semua anak sedara aku..


Duduk dari kiri: Qoni, Hafiz, Aida, Alia, Ikwan, Amin, Ezam...


[kelakar ar muka korang masa ni.......]




Bersama ayah bonda...


Yang kelakarnya bila Qistina tengok gambar-gambar ni, dia tanya aku, umi mana Ina...hehehe..jenuh plak aku explain kat dia...Ina tak wujud lagin daaaa......hihi


Thursday, December 9, 2010

Family Day

Event: Hari Keluarga SK LKTP Belitong
Tempat: Pantai Puteri, Melaka
Acara cari gula-gula dalam pasir..umi lak yang lebih-lebih..hehe


Acara ni dinamakan makin jauh makin sayang..dalam belon ada air..baling kat pasangan..mula-mula dekat, pastu jauh skit..kalu jatuh belon out...kitaorang couple nombor 3 kena keluar game..hehe

Sambut jangan tak sambut

Kasih seorang ayah terhadap anaknya...


Nyum..nyumm..sedapnya icekrim Qistina



Luve u Babyh

Annual Dinner 2010

Walaupun dah berlalu, aku nak upload gak gambar-gambar makan malam tahunan sekolah..sambutan yang sederhana..Pengetua pun tak lapang, jadi tak dapat hadir..ibarat kitaorang pakat makan adik beradik..tak formal pun..lagi best..asalnya majlis ni nak meraikan seorang guru yang berpencen, tapi batang hidung dia pun tak nampak..ada gak orang cam gitu erk..tak kisah la tu, yang penting hepy..


Lokasi: Dewan Kejora, Taman Sri Lambak


Asheeq, Asrul n darwisy


Sanisah n the geng


Izuan Shah..naper datang sorang jerk..pesal tak bawak Qisha..


seronot nampakkk..


Dalam banyak-banyak gambar, yang ini aku paling suka..sweet sangat Herda..


Ini Halimatus and the geng..


Pengerusi Kelab Bilik Guru..Mr. Fazli Sajat...Undi Fazli..Tahun depan jadi pengerusi lagi..hehhe


Comelnya Qistina...Baju tu beli kat Ho Chi Minh..cantik kan


Mr. Fairuz..tapi sebelah tu bukan orang rumah dia erk..kang ada plak yang kena pelangkung kepala..tu Ustazah Liyana Asma


Puan Baizura ngan Cik Zahirah...tak syok ar sebab tahun depan Bai dah tak bersama kita orang lagi..pindah ikut suami..


Miss Nurhamiza Syahirah...datang sorang jerk...sah single lagi tu..hehhe


Mr. Wan Saifuden..MC dinner..

Wednesday, December 8, 2010

Andai Hari Esok..


Aku pelik gak la..entah mana sikecik tu dengar lagu tu pun aku tak sure..tapi dia sejak akhir-akhir ni dia suka benor nyanyi lagu tu..tapi tiga patah perkataan tu jerk yang dia reti...andai hari esok..andai hari esok..heheh

Antara aksi Qistina nyanyi lagu tu...hehhe

Tengok tu, sampai tergolek-golek nak buat aksi...

Tengok tu..siap serkup kepala dia lagi..cuba teka, apakah benda yang digunakan oleh Qistina sebagai topinya....jawab jangan tak jawab..hehehe

Pergi Tak Kembali

Ini kisah duka..Rasanya sehingga ke hari ini seluruh kaum keluarga masih belum puas menangisi pemergiannya..Biarpun entri ini tidak akan dapat menggambarkan keseluruhan kesedihan, keperitan dan rasa kehilangan yang kami rasai, kami tetap redha dengan ketentuan Ilahi..Dia sebenarnya anak saudara sulung aku..anak sulung abang long aku..

Nama:Muhamad Annaqib Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1987
Tarikh Meninggal: 22 November 2010
Umur: 23 Tahun
Terlibat dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kereta di Kilometer 20, Jalan Nenasi-Pekan ketika ingin menuju ke tempat kerja.

22 November 2010: Isnin; 7:15 pagi....Maha Suci Allah Yang Menghidup dan Mematikan...Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan merasai mati..kematian itu tidak akan cepat walau sesaat dan tidak akan lambat barang sesaat..Sesungguhnya kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang kami..Dia akhirnya mendahului menyahut seruan Ilahi pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya ...

Saat jenazah disembahyangkan..atuk sendiri yang mengepalai jemaah..pastinya atuk sebak amat kerana cucuanda pergi dalam usia muda..doa dipanjatkan agar cucuanda mendapat keampunan dan ditempatkan bersama orang beriman

Kucupan terakhir seorang umi..umi belum puas mendengar anakanda memanggil panggilan keramat umi..apa pun umi halalkan setiap titik air susu umi yang mengalir dalam tubuh anakanda..

Tika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad..bisikan sang adik yang berjanji untuk mendoakan abang setiap hari memecah keheningan kawasan perkuburan..sekalian yang hadir jadi sebak amat..

Atuk turut mengambus tanah kubur cucu sulungnya..hakikatnya dia tetap hidup dalam hati kami biarpun dia telah meninggalkan kami

Saat talkin dibacakan..wahai Muhammad Annaqib b Abdul Rahman..Ma Rabbuka..Maka jawablah olehmu Allahurabbi....

Inilah abi..Abi yang kehilangan putera sulungnya..sesudah ini tiada lagi putera yang akan memapah abi tatkala abi tak berdaya..

Kasih abadi seorang nenek..pusara cucu disiram air mawar..biar segar, sejuk dan mewangi..


Bersemadilah dengan aman..moga Allah akan mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya bersama orang-orang beriman


Al Fatihah untukmu..Muhammad Annaqib Bin Abdul Rahman..

D90

Dah lama tak menulis entri..actually banyak yang aku ingin rakamkan..suka duka..aku mulakan dengan yang mengembirakan..suatu petang kami berkunjung ke kedai kamera..hajat di hati nak survey jer..tapi ntah cam ner terbeli D90..hehehe..maknanya pas ni kami punya hobi baru..berfotografi..actually aku nak upload antara hasil keras tangan aku...tapi tak leh plak..pehal ni ha..tak per la, nanti aku upload..tapi tak kreatif langsung...hahaha

Friday, August 13, 2010

Resepi III

Puding koktail

Sebungkus agar-agar
Satu tin susu cair
Satu tin fruit cocktail
Gula pasir
Air

Cara:
Masak agar-agar sehingga cair..kemudian masukkan gula dan susu cair...campurkan fruit cocktail..kemudian sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais...hidangan utama menghilangkan dahaga...

Resepi II

Sambal Belimbing Hitam

Lada kecil
Ikan Bilis
Bawang kecil
Belimbing buluh yang telah direbus
Air
Minyak untuk menumis

Cara:
Tumbuk lada kecil hingga hancur bijinya, kemudian tumbuk ikan bilis dan bawang...campurkan belimbing buluh...gaul semua dalam satu mangkuk dan campurkan sedikit air serta garam secukup rasa...pas tu tumis..nyum...nyum...sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau lempeng..

Resepi I

Tart Nenas

Bahan-bahan berikut diadun:
Mentega sebuku
Telur sebiji
Tepung gandum
Esen Vanila
Garam

Inti: Dimasak
Nenas
Gula

Selamat Mencuba

Wednesday, August 11, 2010

Puisi II

Ramadhan berkunjung lagi
membawa bersamanya rezeki
sahur dan iftaar
turut melengkapi
khabar yang pasti;
rahmat
barakat
dan
keampunan
juga menemani;
apa yang pasti
kunjungan ini tidak pernah lama
genap tiga puluh hari
mereka akan berangkat pergi....

Tuesday, August 10, 2010

Raya 2009

Menjelang bulan ramadhan yang bakal disambut esok, aku terkenang peristiwa lebaran 2009..Ini merupakan rakaman peribadi dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati..Ibarat sirih pulang ke gagang, ikan kembali ke lubuk kami memenuhi permintaan ayahanda dan bonda menziarahi sanak saudara yang masih hidup dan berkunjung ke makam kedua-dua nenda di Kuala Lipis-tanah asal kelahiran ayahanda, bonda dan nenda..susur galur kami sebetulnya bermula dan dapat dijejak di sini...Di Kampung Sungai Mun, kami bertahlil arwah di pusara nenda Bainah, ibu kepada bonda Siti Fatimah...Telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1983...memori bersamanya tak banyak terpaut dalam ingatanku..barangkali kerana aku masih kecil dan tidak akrab mana dengan almarhumah...so, generasi sesudah aku khususnya cicit almarhumah sendiri memang tidak sempat mengenali induk mereka ini...Alfatihah.

Usai di perkuburan, kami berinjak ke rumah mak we..Mak we merupakan kakak sulung bonda..usianya melewati 80-an..Tinggal bersendirian atas rumah PPRT yang disediakan kerajaan..bersebelahan rumahnya ialah rumah Abang Melan, anaknya sendiri merangkap sepupu kami..Mak we kuat melatah..pantang dicuit, ada saja yang terpacul dari mulutnya..anak cucu pulak nakal, suka mengusik..itu yang jadi kecoh tu...hehe

Kemudian kami bergerak ke Kampung Pagar Sasak...menjengah rumah nenda Ngah..bonda ayahanda kami...kediaman ini suatu ketika amat bermakna buat ayahanda...itulah yang terpapar di wajah ayahanda...aku pasti tentang itu walaupun ayahanda tidak mengungkapkan dengan kata-kata..rumah itu kini didiami Mak Teh..kakak kepada ayahanda..seorang ibu tunggal...apa la dia orang ni, bikin kecoh kat umah Mak Teh...habis periuk belanga orang tua tu diselongkar...petai dalam tempayan pun terpaksa dikeluarkan....ikan pekasam habis dikerjakan...kahkah..apa la leman ngan amik ni....ampun Mak Teh....sori la Zila...sepupu kita orang...muka dia muncung jerk...hehehe...tension kena serbu...tapi tak perlu amik ati dengan dia tu...sebab perwatakan dia memang sebegitu rupa..lalala..sedap betul makan berebut...

Selesai menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, perjalanan diteruskan menuju ke Tersang 2..sampai di sana, kami segera bertahlil arwah di makam nenda Ngah...Beberapa tahun lepas nenda Ngah meninggal di rumah Pak Ndak iaitu anak lelakinya dan lantas disemadikan di sini..Selesai di perkuburan, kami ke rumah Pak Ndak..Pak Ndak merupakan abang ayahanda...muka mereka saling tak tumpah....ayahanda sebenarnya mempunyai empat orang adik beradik...Pak Ndak, Mak Teh, Pak Mbong dan ayahanda sendiri...Pak Mbong sudah kembali ke rahmatullah...arwah merupakan bapa saudara yang paling hendsome...wajahnya walaupun tak semirip ayahanda, tapi perwatakannya mirip benar ayahanda...sangat tenang dan bersahaja dalam segala hal.. sebab itu menjadi kesayangan anakanda semua...Alfatihah Pak Mbong...

Kembali kepada Pak Ndak...isterinya sudah meninggal dunia..dia mempunyai 6 orang anak...kesemuanya lelaki...Kami jadi sebak yang amat melihatkan keadaan Pak Ndak yang terlalu uzur..selain membuat kesimpulan bahawa si Mat Yasin tu tidak mengambil berat tentang ayahnya sendiri yang terkulai layu di kerusi, kami tidak henti memeluk dan menangisi lelaki tua itu...sungguh aku berjanji tidak akan membiarkan ayahanda menderita sebegitu andai ayahanda juga terpaksa melewati saat-saat seperti Pak Ndak...kerana ayahanda terlalu bermakna dalam hidup ini...tanpa ayahanda aku tak mungkin jadi seperti hari ini...menjaga disaatnya sudah tidak berdaya nanti akan aku jadikan prioriti...ini janji!

Kami kembali tiba di rumah bonda lewat 10 malam...keletihan dan tidur...Perjalanan yang penat tapi penuh erti..

Demam oh Demam....

Kelmarin aku tidak hadir ke tempat kerja..si kecil demam..aku jadi risau teramat...kalau boleh aku biarlah aku yang diserang demam itu...wahai virus yang jahat, kenapa kau mesti hadir dalam tubuh si kecil itu..Aku rela menjadi galang gantinya...Tuhan, mudah-mudahan ini demam biasa saja..janganlah kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak bisa menanggungnya...

Wednesday, August 4, 2010

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Di sekolah lewat petang ini, aku menerima sepucuk watikah rasmi daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.. Isi kandungannya mengesahkan status aku sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG 41..Sebenarnya surat pengiktirafan tersebut memang aku nantikan...Alhamdulillah...Allah telah mempermudahkan segala urusan aku...apa yang penting aku akan jadikan pengisytiharan tersebut sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidup ini kelak...

Tuesday, August 3, 2010

PUISI I

Anak didikku,
luangkanlah barang sedikit waktu
muhasabah
dirimu...

Istiqamah
dalam menuntut ilmu..

Mujahadah
mengekang nafsu...

Tawakal
dalam perjuanganmu...

Kerana
gelombang
masa depanmu
sekeras pukulan
ombak ganas
yang menghentam
pantai itu...


Monday, August 2, 2010

Sesungguhnya mati itu pasti...

Al Fatihah buat atuk angkat Qistina yang kembali ke pangkuan NYA semalam..Berakhir sudah penderitaannya gara-gara barah perut setelah nyawa terpisah daripada badan...Kami sempat tiba untuk majlis tahlil dan berkesempatan hadir pada upacara pengebumian...Arwah amat berjasa pada kami sekeluarga... Qistina tinggal bersamanya lebih dari setahun...si kecil itu amat manja dengannya...katanya dia sayang Qistina lebih dari cucunya sendiri...mungkin ada benarnya, sebab cucu sendiri jarang punya kesempatan bersama dengan atuk...sedangkan Qistina aku titipkan di situ...Qistina sangat suka bertenggek dalam raga motor atuk..pergi kedai dan beli karipap...selang dua tiga hari mereka bertiga akan menaiki kereta atuk yang separuh umur itu ke bandar Kluang...jenguk moyang... setiap petang sebelum Qistina pulang, dia pasti menghadiahkan ciuman yang bertubi-tubi sebagai tanda pamitan...sampai merah pipi sikecil dibuatnya...heheh....dan berpesan esok datang lagi yerr.... sungguh apa yang kita lalui adalah sesuatu yang nyata di hati kita....damailah kau di sana...AlFatihah...

Friday, July 9, 2010

Album pertunangan

2 Julai..kami semua berhimpun sempena majlis pertunangan Awis..dia adik lelaki aku yang kedua bongsu..umurnya 25 tahun..berkelulusan IKM (ntah la erk dia dah grad ker lom sebab hari tu ada kena repeat paper...hehe) dalam bidang kerja paip..sekarang dia jadi tauke dan kuli di Edot's Laundry..sebuah kedai dobi yang sangat terkenal di Bandar Enstek, KLIA..Kak De setup kedai tu untuk tolong Awis...Jatuh bangun kedai tu berada pada tangan Awis..malah tidak keterlaluan kalau aku katakan masa depan Awis sebenarnya di situ...Awis sangat mahir dalam bidang cuci pakaian, basuh toto, karpet, dry clening dan menggosok baju..so, manage la bebaik sebab itulah kehidupan awak sebenarnya, Wis... Aku difahamkan tunangnya baru selesai menjalani latihan kejururawatan...maknanya seorang misi lah tu...ok la tu...


Kami bertolak dari Kluang sejurus selepas solat Jumaat..Perjalanan yang panjang dan memenatkan...Jam 10 malam baru tiba di perkarangan rumah bonda...dah tak ada ruang nak masuk sebab estima dah terjalar kat situ..di birai jalan kelihatan sebuah naza ria, naza citra dan perodua viva...tak lama kemudian muncul pula sebuah CRV...suasana sangat gamat...macam malam raya..kebetulan pula world cup..nasib baik rumah abah sudah siap bermozek semaunya..kalau tak lantainya akan bergemeratak...budak-budak tu memang la satu hal..yang bapak budak tu pun sama...gollll!!!goll!!! bingit telinga...lewat jam 1 pagi, sebuah myvi putih tiba..merangkap orang terakhir sampai malam itu..ude ngan arul..


3 julai...seawal jam 8 pagi long sekeluarga tiba..mereka baru balik dari Terengganu kerana menziarahi keluarga terdekat sebelah Kak Long meninggal dunia..Lebih kurang pukul 11.00 pagi rombongan meminang pun bertolak ke Jengka 15..untuk menyunting bunga di taman larangan bukan semudah yang disangkakan..dengan diiringan 11 dulang hantaran, cincin belah rotan berjaya disarungkan ke jari manis gerangan gadis idaman..majlis berjalan lancar...turut memeriahkan Cu sekeluarga, pasangan wak, cik siti, udin...terima kasih semua..kesempatan berkumpul seumpama ini sangat bermakna buat aku...
Anyway, tahniah Awis dan Ain...yang lain-lain tu standby nak kena pow ngan Awis tahun depan...uwa!!

Sunday, June 27, 2010

Semester 3

Pendaftaran master sem 3..dah mula kena pikir tajuk untuk paper projek...aduyaiii...ni cabaran hebat ni...bermulalah perjuangan aku bermujahadah dengan diri sendiri..korbankan masa tidur, rehat..nak tak nak aku kena habiskan..dah separuh jalan..duitnya pun dah 12,000..campur husband lagi..12,000 x 2 = 24,000...bukan sikit tu mak oiii...hopefully perjuangan ini berbaloi...

Cuti-Cuti Cameroon

Cuti sekolah berkesempatan berkunjung ke Cameron..Nak kata seronok sangat di Cameron Highlands pun tak lah jugak..manusia punyalah ramai..nak parkir kereta pun susah..hawanya pun tak lah dingin mana..mungkin kerana terlalu banyak hutan ditebang..bukit ditarah..malam tu plak, first game world cup..diaorang ngadap bola..kot la nk ajak keluar ker..peh...masing-masing dah maleh..makan maggi pon sodap...apa pun kesempatan bersama adik beradik seumpama ini amat bermakna buat aku..hopefully tahun depan kita dapat arrange lagi percutian seumpama ini..

Friday, June 4, 2010

Si Dia Semakin Membesar


Aku mulakan dengan keletah si kecil yang saban hari semakin banyak kerenah..banyak ragam..dah masuk 2 tahun 6 bulan..dah pandai tekan remote tv..611..612..613....615..tu sumer chanel dia..sampaikan gaduh ngan abah dia nak tengok bola..kuang..kuang..kuang..nasib baik ler world cup ni byk game pk 3 pagi..kalu tak naya ar..hehe..slalu gak abah dia tanya kalu-kalu dia nak baby..erm, dia kata nak baby doll jerk>>>erm..tak per ar..kalu gitu, umie leh beli kat supermarket jerk...hehehe

Aku Kembali

Hampir setahun aku langsung tak pedulikan blog ni..naper erk..ntah..aku sendiri pun tak tahu puncanya..keliru ar..nak kata terlalu sibuk tak juga..malas kot..TAPI tetiba jerk hari ni aku rasa terpanggil untuk update...punya la lama tak bukak, sampai password pun lupa da..nak kena reset semula..yang nyata dalam tempoh itu pelbagai peristiwa telah berlaku..