Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Saturday, January 22, 2011

Individu Paling Kecil Ambik Master

Hari ni ada kelas upm..nak jadikan ceritakan, kita orang terpaksa bawak si kecil tu masuk kelas sekali..memang dah tak ada ikhtiar lain dah..terpaksa gak heret si kecik tu..ha, ni antara kelengkapan dia..

time orang buat presentation dia siap bukak kasut ngan stokin lagi..

Ni sah air oren dia ni..

Mula-mula dia ok jer..tapi bila dah sleepy and tired mulalah merengek..orang present kat depan, dia memekik kat belakang..nasib baik la Dr Fazilah memahami..yang kelakarnya Dr Fazilah plak yang boleh minta maaf kat kita orang dan cakap jangan tertekan dengan situasi ini..aduyai..punya la baik lecturer ni..Terima kasih Dr kerana amat memahami situasi kami..


Anyway Qistina, harapan umi dan abah semoga Qistina akan dapat belajar sehingga ke peringkat tertinggi..Qistina mungkin belum mengerti apa-apa hari ini..tapi sebenarnya langkah hari ini langkah yang berkat dan penuh dengan makna..Dan semoga semangat perjuangan umi dan abah akan menjadi inspirasi kepada Qistina terutamanya apabila Qistina mengerti kelak..Juga kepada kenkawan sekelas, kami mohon maaf kerana mungkin kehadirannya menggangu ketenteraman kalian..




Sunday, January 16, 2011

Nasi Lemak vs Ayam Sambal

Hari minggu yang indah..pagi-pagi bangun masak nasi lemak dengan ayam sambal..

Resepinya ialah; cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, air asam jawa, sedikit gula melaka dan garam..cara masaknya pun senang jer..goreng ayam dulu..pastu tumis bahan-bahan tadi yang telah diblender..then,masukkanlah ayam..

Selamat berhari minggu!!

Wednesday, January 12, 2011


I

Minda kecil berbicara tentang manusia

Minda sederhana berbicara tentang peristiwa

Minda besar berbicara tentang idea

II

INTERLOK

...........apabila maruah dan jati diri dipolitikkan......................


Tuesday, January 11, 2011

Asam Pedas Ikan Siakap vs Acar Timun

Hari ni cuti umum kerajaan negeri Johor..So, ada peluang nak masak..menunya ialah asam pedas ikan siakap..cam sedap jer bunyinya..hehehe..bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan siakap, asam jawa, cili kering, bawang kecil, bawang putih, halia, daun kesum, bunga kantan, kacang bendi, tomato, gula dan garam

Setelah ikan dibersihkan, rendamlah dalam air asam jawa untuk beberapa ketika..

Sementara itu, cili kering, bawang kecil, bawang putih dan halia diblender..Bahan-bahan tersebut ditumis dengan sedikit minyak sehingga garing..pas tu bolehlah masukkan ikan dengan air asam tadi..campakkan bunga kantan dan daun kesum..Jangan lupa garam dan gula..masak sehingga mendidih..last sekali boleh masukkan kacang bendi dan tomato..

Haa..dah siap pun..senang jer..
Nak lengkapkan hidangan buatlah acar timun..campur nenas, bawang besar, lada besar, tomato dan carot..

Asam pedas kalau tak habis makan tengah hari ni, petang nanti boleh buat cekodok panas..cicah kuah asam pedass...Sedappp!!!Cubalah..

Monday, January 10, 2011

Ya Rabb!!

I
Sebenarnya aku sedang terkial-kial menghimpunkan motivasi diri, mencari kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..Silap langkah aku mungkin kehilangan semuanya..Sedaya upaya aku mesti menyiapkan penulisan itu..Untuk itu aku mohon Ya Allah agar Engkau tak lepas pandang aku begitu sahaja..Bantu aku Ya Rabb!!Dan semoga semangat yang ada ini turut menjadi penggerak kepada sang suami.
II
Masuk minggu kedua persekolahan. Tugas semakin rencam. Pelbagai borang perlu dilengkapkan. Kejohanan merentas desa, sukan tara dan hari sukan menuntut pengorbanan. Sedang ligat juga menyusun langkah untuk kuhabiskan sukatan pelajaran secepat mungkin. Dan semoga pelajar juga bersedia untuk berjaya!

Saturday, January 8, 2011

Ayam Masak Tempoyak vs Kacang Buncis Lada Benggala

Resepi tengah hari ni ialah ayam masak tempoyak..sebenarnya ini adalah masakan orang malas..hehehe..sebab nak masaknya senang..campak dan rebus jer..heheh

kepada kenkawan yang suka makan masakan yang berasaskan tempoyak tu, kat sini aku nak share lah cara membuatnya..apa yang diperlukan ialah;


  1. Ayam yang telah dipotong

[banyak mana tu bergantung kepada bilangan orang yang nak makan]

2. Cili api

[Kalau suka pedas, boleh la guna lebih..awas berasap telinga nanti..]

3. Tempoyak

[Dalam 2 camca besar]

4. Air


5. Daun kesum

6. Bunga kantan

7. Serbuk kunyit

8. Garam

Cara nak masak pun senang jer..semua bahan tadi di satukan dalam satu periuk dan rebuslah sehingga ayam tu masak... Em..melengkapkan lagi hidangan kami tengah hari ini ialah kacang buncis goreng bersama lada benggala..campurkan isi ayam dan frankfruter ayam...

Ha..kombinasi dua hidangan ni memang memikat..rasanya pun sedap..tambahan kat luar tu hujan..makan plak ngan nasi panas...nyum..nyummm ..Cubalah!!

Selamat Menjamu Selera!!



Qistina Outdoor Shooting

Lokasi: Taman Sri Lambak
Info Model: 4 Taun/masih guna drypers/hisap botol
Pakaian: Room Couture 3 T/boleh cari kat Alamanda
Camera: Nikon D90

Cheeewahhh..ada style gak..hehe
lorrr...sempat lagi isap jari time shoot..aduyaiii





Friday, January 7, 2011


2011
Antara kenkawan yang masih bersama..

Haniza..sweet girl


Ini Zack..senyum le beria skit..tak lama lagi nak kena akikah ngan Ali..heheh



Mylin..mentor aku khususnya dalam meluluskan bebudak yang tak lulus BM..huhuhu..terima kasih kerana selalu positifkan diri ini..




Madam Roslinda.. Tahniah sebab menang bilik peperiksaan..




Halimatus..satu team lagi kita erk..

Nenek vough..Kak Siti

Hjh Rohaniza...aduyaiii..sian tul la mengenangkan nasib wanita ni..heheh..sabo kak za...sikit hari lagi mesti dapat tukar punya..

Azizah..Boss SPBT



Mislina..Kalu tak dek akak ni kat sekolah ni, tak dek la langsuir sekolah..
opsss..langsir da..

Selamat Tahun Baru 2011...Azam tahun ni untuk mencapai segala yang aku azamkan..hehe..anyway ada beberapa picture tahun baru yang aku nak abadikan..sanagt menarik bagi aku..heheh