Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung kudaki-kudaki jua!



Monday, January 10, 2011

Ya Rabb!!

I
Sebenarnya aku sedang terkial-kial menghimpunkan motivasi diri, mencari kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..Silap langkah aku mungkin kehilangan semuanya..Sedaya upaya aku mesti menyiapkan penulisan itu..Untuk itu aku mohon Ya Allah agar Engkau tak lepas pandang aku begitu sahaja..Bantu aku Ya Rabb!!Dan semoga semangat yang ada ini turut menjadi penggerak kepada sang suami.
II
Masuk minggu kedua persekolahan. Tugas semakin rencam. Pelbagai borang perlu dilengkapkan. Kejohanan merentas desa, sukan tara dan hari sukan menuntut pengorbanan. Sedang ligat juga menyusun langkah untuk kuhabiskan sukatan pelajaran secepat mungkin. Dan semoga pelajar juga bersedia untuk berjaya!

No comments:

Post a Comment